Date: Sunday, February 11 2007 @ 12:10:30 MYT
Topic: Renungan
Khas Buat Wanita Tercinta
Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak
perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:
"Hendaklah mereka berjilbab (bertudung dan
berpakaian labuh) menutupi tubuh mereka." Yang
demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal,
karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang. (33:21)
Berdasarkan ayat di atas, ALLAH telah jelas menyatakan
perihal mengapa wanita wajib berjilbab (bertudung dan
berpakaian labuh yang menutupi tubuh mereka dengan
sempurna).
Berikut saya point-kan beberapa hikmah menutup aurat
(bagi wanita) berdasarkan ayat di atas secara ringkas:
1. Sebagai lambang bahawa mereka adalah wanita yang
beriman dan bertaqwa. Wanita yang sentiasa beriman dan
taat, pasti akan sentiasa mengikuti apa sahaja yang
diperintahkan oleh ALLAH dan Rasul-NYA dan meninggalkan
sebarang perkara yang dilarang di dalam agamanya
(Islam). Berbeza dengan mereka yang tidak beriman (tanpa
mengira lelaki mahupun wanita), mereka amat engkar
dengan perintah ALLAH dan Rasulullah. Pendek kata, ada
sahaja alasannya untuk menolak ketetapan ALLAH. Maka,
renungilah ayat berikut:
"Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan
sebahagian dengan sebahagian yang lain adalah sama,
mereka menyuruh membuat yang mungkar dan melarang
berbuat yang ma'ruf dan mereka menggenggamkan
tangannya (kikir). Mereka telah lupa kepada Allah, maka
Allah melupakan mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik
itu adalah orang-orang yang fasik" (09:67)
2. Berupaya mengelakkan gangguan daripada golongan yang
berhati jahat. 'karena itu mereka tidak di
ganggu'. Bagi point yang kedua ini, saya
ingin membawakan satu perumpamaan. Andainya kita seorang
lelaki dihidangkan dengan satu "yang
menayangkan wanita dengan keadaan yang amat
menghairahkan (seksi), sudah tentu nafsu syahwat si
lelaki akan terangsang sekaligus mencetuskan satu niat
yang jahat untuk "mendapatkan" wanita yang
dilihatnya itu atau pun wanita lain yang seumpamanya
bagi tujuan nafsunya. Tapi, berbeza pula jika kita
sebagai lelaki diperlihatkan dengan wanita-wanita
solehah yang sentiasa menjaga adabnya sebagai seorang
muslimah yang mana lengkap berjilbab. Pasti sejuk mata
memandang lalu mampu mendetikkan rasa keinsafan (malu)
dalam diri si lelaki. Begitulah hakikatnya peranan
jilbab mampu mencegah hati-hati manusia yang berniat
jahat.
Dalam ayat yang lain, ALLAH menyatakan perihal yang sama
tetapi memfokus kepada suara wanita, " Janganlah
perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara
sehingga berkeinginan (menghairahkan) orang yang ada
perasaan dalam hatinya (berhati jahat)." (33:32)
3. Membezakan sama-ada wanita itu muslim atau
non-muslim. "supaya mereka lebih mudah
untuk dikenal".Ssebagai seorang wanita
muslim, sewajibnya mereka menutup aurat dan bertudung.
Yang dengan itu, sekaligus membezakan mereka dengan gaya
orang yang bukan muslim. Dan berdasarkan Tafseer Ibn
Katheer, jilbab membezakan di antara wanita hamba dengan
wanita yang merdeka di mana orang yang merdeka wajib
bertudung. Manakala dalam tafsiran yang lain, dinyatakan
bahawa pemakaian tudung dan penutupan aurat melambangkan
dia adalah wanita yang bertamadun kerana tahu menjaga
kehormatannya.
4. Jilbab (menutup aurat) mampu menghalang pelbagai
penyakit kulit. Menurut kajian saintifik terkini
membuktikan bahawa kulit wanita adalah lebih sensitif
berbanding kulit lelaki. Maka oleh kerana itulah, kulit
wanita memerlukan sistem penjagaan yang lebih rapi dan
baik berbanding kulit lelaki. Dengan keadaan zaman
sekarang ini yang mana, persekitaran kita begitu
berbahaya dengan pelbagai jenis pencemaran yang melanda.
Saya ambil beberapa contoh pencemaran yang boleh memberi
kesan berbahaya kepada kulit. Pencemaran udara, yang
mana udara kita dipenuhi dengan pelbagai jenis asap dan
debu (dangerous particles). Pencemaran cahaya dan
radioaktif. Pencemaran cahaya adalah berpunca daripada
penipisan lapisan ozon (light filteration) yang semakin
ketara, yang mana pelbagai sinar matahari yang berbahaya
dengan mudah terlepas ke permukaan bumi akibat gagal
ditapis oleh ozon. Maka, apa alternatifnya yang terbaik
untuk mengawal semua jenis pencemaran ini? Tentu sekali
pakaian yang baik yang mana mampu menutupi semua
bahagian badan kita yang sensitif. Maka dengan itu,
sekaligus menunjukkan hikmah wanita diwajibkan memakai
jilbab (menutup aurat). Ianya sungguh relevan sekali
dengan suasana masa kini yang begitu berbahaya kepada
organ kulit kita, terutamanya wanita yang jauh sangat
sensitif terhadap kesan pencemaran tersebut. Tanpa perlu
berbelanja mahal untuk bahan-bahan kimia penjagaan kulit
yang belum tentu terjamin kebaikannya dan mungkin ada
kesan jangka panjangnya yang jauh lebih berbahaya, maka
pakailah pakaian yang menutup aurat. Ianya lebih selamat
dan dijamin oleh ALLAH sejak lama dahulu lagi. Dan ianya
terbukti tiada kesan sampingan.
Renungan:
Ingatlah rakan-rakan wanita ku. Jika anda menganggap
pakaian " yang anda peragakan itu lebih
cantik daripada pakaian yang disarankan oleh ALLAH, maka
sebenarnya anda telah cuba menyatakan bahawa pakaian
yang disarankan oleh ALLAH itu adalah tidak cantik.
Maka, di masa anda menyatakan demikian (ditambah anda
mempraktikkannya) , maka anda di saat itu sedang
melakukan suatu kesyirikan yang tidak kurang besarnya,
dan menunjukkan anda sungguh berani kerana perbuatan
anda itu sebenarnya menunjukkan anda sedang melawan
(memprotes) ALLAH. ". nauzzuibllah
This article comes from Speedfinger.Org V3:
http://www.speedfinger.org/html/
The URL for this story is:
http://www.speedfinger.org/html//modules.php?name=News&o
p=NEArticle&sid=57
cource: http://mfactor.com.my/speedfinger/html/modules.php?name=News&op=NEPortable&sid=57
Have Yourself A Sweet, Sexy Christmas!!
15 years ago
No comments:
Post a Comment